6 contoh cover letter dalam bahasa melayu untuk fresh graduate
Bagi yang aktif, anda mesti pernah terlibat dengan aktiviti sukan, kokurikulum, persatuan kelab, dan sebagainya. Apabila belajar di universiti, anda telah melalui internship, pekerjaan separuh masa, latihan industri ataupun latihan vokasional. Sebagai seorang fresh graduate, bagaimanakah anda harus menyatakan semua pengalaman tersebut dalam surat permohonan kerja atau cover letter yang padu?
Kepentingan cover letter
Pertama sekali, apakah itu cover letter dan kenapa itu sangat penting apabila memohon pekerjaan?
Surat permohonan pekerjaan atau lebih dikenali sebagai cover letter ialah sebuah dokumen yang menyatakan informasi lanjut dengan lebih terperinci tentang kemahiran dan pengalaman anda. Biasanya, cover letter dihantar bersama-sama dengan resume kerja sebagai dokumen sokongan.
Resume hanya menyenaraikan kemahiran dan pengalaman anda manakala cover letter berfungsi sebagai ‘sales pitch‘ untuk memberitahu bakal majikan sebab anda layak memegang sesebuah jawatan. Oleh itu, penulisan cover letter adalah sangat penting apabila anda ingin memohon sesuatu pekerjaan.
Jangan risau jika anda seorang fresh graduate yang kurang pengalaman kerja. Anda masih boleh menulis cover letter yang menarik untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini.
Dalam artikel ini kami sertakan tips dan format cover letter serta contoh menulis surat permohonan kerja dalam bahasa melayu untuk mengagumkan bakal majikan. Jika bakal majikan anda sebuah syarikat multinasional ataupun bukan syarikat Malaysia, anda boleh rujuk contoh cover letter bahasa Inggeris di sini.
Tips Penting Menulis Cover Letter
Berikut adalah beberapa tips dan peringatan apabila anda ingin menulis cover letter.
- Pengenalan diri yang jelas: Sebagai fresh graduate, mulakan dengan memperkenalkan diri secara ringkas. Nyatakan nama, universiti atau institusi dari mana anda menamatkan pengajian, serta bidang pengajian anda. Ini akan memberi konteks awal yang baik mengenai latar belakang akademik anda kepada majikan.
- Sumber maklumat jawatan: Beritahu kepada majikan bagaimana anda mengetahui tentang kekosongan pekerjaan tersebut, sama ada melalui iklan pekerjaan, rujukan, atau media sosial. Ini menunjukkan inisiatif dan keaktifan anda dalam mencari peluang pekerjaan.
- Elakkan pengulangan: Pastikan cover letter anda tidak mengulangi apa yang sudah tertera dalam resume anda. Sebaliknya, gunakan ruang ini untuk menambah nilai dengan menjelaskan lebih lanjut tentang bagaimana pengalaman atau kemahiran tertentu membuat anda calon yang ideal.
- Pilih pengalaman dan kemahiran yang penting: Jika sesuai, tekankan pengalaman kerja atau projek akademik yang relevan dengan jawatan yang dimohon. Ceritakan bagaimana pengalaman-pengalaman ini membuktikan kemahiran yang anda miliki dan relevan untuk jawatan tersebut.
- Jangan bincang tentang gaji: Elakkan daripada membincangkan isu gaji atau manfaat lain dalam cover letter. Fokus kepada apa yang anda boleh tawarkan kepada syarikat, bukan apa yang anda harapkan untuk terima.
- Guna bahasa yang ringkas dan padat: Gunakan bahasa yang jelas dan tepat. Elakkan jargon yang rumit atau ungkapan yang berlebihan yang mungkin mengelirukan pembaca.
- Periksa ejaan dan tatabahasa: Sebelum menghantar, semak semula ejaan dan tatabahasa dalam cover letter anda. Kesalahan kecil boleh memberi kesan negatif terhadap profesionalisme anda.
- Ketepatan maklumat: Pastikan semua maklumat yang anda sertakan dalam cover letter adalah benar dan boleh disahkan. Maklumat palsu boleh menjejaskan reputasi dan peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan.
Format cover letter
Berikut ialah format asas untuk menulis cover letter yang efektif dan profesional. Format ini membantu anda menyusun kandungan dengan teratur dan memastikan semua maklumat penting disertakan:
- Alamat anda
- Nombor telefon
- Alamat E-mel
- Nama majikan
- Jawatan majikan
- Nama syarikat
- Alamat syarikat
- Gunakan "Tuan/Puan" jika anda tidak tahu nama penerima.
- Jika anda tahu nama penerima, gunakan "En./Pn. [Nama]" untuk memberi salam yang lebih personal.
- Nyatakan tujuan surat anda dengan jelas: memohon jawatan yang tertentu.
- Sebutkan di mana atau dari siapa anda mendapat tahu tentang kekosongan pekerjaan tersebut.
- Nyatakan secara ringkas sebab utama anda berminat dengan jawatan itu dan syarikat tersebut.
- Paparkan kemahiran dan pengalaman anda yang paling relevan dengan jawatan yang anda mohon.
- Berikan contoh spesifik yang menunjukkan kebolehan dan pencapaian anda.
- Jelaskan bagaimana anda boleh memberi sumbangan kepada syarikat atau mengatasi masalah khusus yang mungkin dihadapi oleh syarikat itu.
- Ulangi minat anda terhadap jawatan dan syarikat itu.
- Nyatakan keinginan untuk berbincang lebih lanjut dalam sesi temuduga.
- Sebutkan bahawa resume anda dilampirkan atau disertakan dan anda sedia memberikan maklumat tambahan jika diperlukan.
- Gunakan frasa penutup seperti "Yang benar," diikuti dengan nama penuh anda.
- Jika anda menghantar surat secara fizikal, sertakan ruang untuk tandatangan atas nama anda.
- Nyatakan sekiranya anda menyertakan dokumen lain seperti resume, sijil, atau rujukan.
Contoh cover letter versi surat formal
Contoh pertama:.
(Nama Anda) (Alamat Anda) (Poskod, Bandar) (Tarikh)
(Nama Pengurus Pengambilan) (Nama Syarikat) (Alamat Syarikat) (Poskod, Bandar)
Permohonan Jawatan (Nama Jawatan)
Saya menulis surat ini untuk memohon jawatan (Nama Jawatan) yang diiklankan di [Sumber Iklan] bertarikh (Tarikh Iklan). Saya adalah graduan baru dari [Nama Universiti] dengan Ijazah Sarjana Muda dalam (Nama Bidang), dan saya yakin bahawa latar belakang akademik serta kemahiran yang saya miliki sangat sesuai dengan keperluan dan cabaran jawatan yang ditawarkan oleh syarikat (Nama Syarikat).
Semasa pengajian, saya telah terlibat dalam (Sebutkan Projek atau Aktiviti Akademik yang Relevan), di mana saya berkesempatan untuk mengembangkan kemahiran (Sebutkan Kemahiran yang Relevan seperti Analisis, Komunikasi, dan lain-lain.). Kejayaan projek ini bukan sahaja menunjukkan kemampuan saya untuk bekerja dalam pasukan tetapi juga kemahiran dalam menguruskan masa dan menyelesaikan masalah secara efektif.
Selain itu, pengalaman saya sebagai [Sebutkan Sebarang Pengalaman Kerja atau Latihan Industri], telah memperkukuhkan kebolehan saya dalam [Sebutkan Kemahiran yang Berkaitan, seperti Pengurusan Projek, Pelayanan Pelanggan, dan lain-lain.]. Saya bersemangat untuk membawa kemahiran ini ke [Nama Syarikat], di mana saya yakin dapat memberikan sumbangan yang bermakna.
Saya amat berminat untuk berbincang lebih lanjut tentang bagaimana saya boleh menyumbang kepada pasukan [Nama Syarikat]. Saya sertakan resume saya untuk maklumat lanjut mengenai latar belakang dan kemahiran saya. Saya berharap dapat mendengar daripada anda segera untuk temu janji. Terima kasih atas pertimbangan dan masa yang diberikan.
Yang ikhlas,
(Tanda Tangan ) (Nama Penuh)
Contoh kedua:
(Nama Anda) (Alamat Anda) (No. Telefon) (Tarikh)
(Nama Penerima) (Jawatan Kerja) (Alamat Penerima)
PERMOHONAN KERJA SEBAGAI PEMBANTU SUMBER MANUSIA
Perkara atas ialah dirujuk.
Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut di syarikat Tuan/Puan yang dihormati.
Setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan dengan jurusan Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti XYZ saya ingin menyumbangkan pengetahuan, kemahiran dan komitmen saya untuk mencapai kecemerlangan di syarikat inovatif Tuan/Puan.
Sebagai pelajar Pentadbiran Perniagaan jurusan pengurusan Sumber Manusia, saya telah dilengkapi dengan pengetahuan yang diperlukan termasuk pengambilan tenaga kerja, organisasi tenaga kerja, latihan dan pampasan pekerja serta peruntukan undang-undang dan masalah pekerja lain.
Internship saya di Syarikat ABC juga memberi saya kemahiran penting untuk bekerja dengan beberapa para profesional terbaik dalam industri pengambilan pekerjaan dan sumber manusia. Sepanjang empat bulan saya menjalani internship, semangat dan minat saya dalam sumber manusia telah pun mengembang. Internship tersebut pastinya telah meyakinkan saya bahawa pengurusan sumber manusia ialah panggilan saya yang sebenar.
Salah satu pencapaian saya semasa internship tersebut termasuk menjadi peneraju projek untuk aktiviti sukan syarikat. Saya bekerja bersama dengan para intern yang lain dan kami berjaya menganjur aktiviti tersebut untuk 100 orang pekerja. Kami menerima penilaian 95% 'baik hingga cemerlang' daripada maklum balas tinjauan yang kami lakukan di kalangan pekerja selepas acara tersebut.
Untuk maklumat tambahan mengenai kelayakan dan kepakaran saya, Tuan/Puan boleh semak resume saya yang dilampirkan dalam surat ini.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mempertimbangkan permohonan ini dan saya berharap dapat menerima maklum balas daripada Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
(Tandatangan) (Nama Anda)
Contoh cover letter versi e-mel
Subjek: Permohonan Jawatan (Nama Jawatan) - (Nama Anda)
Yang Berhormat (Nama Pengurus Pengambilan),
Saya menulis untuk memohon jawatan (Nama Jawatan) yang diiklankan di (Sumber Iklan). Saya ialah graduan baru dari (Nama Universiti) dengan Ijazah Sarjana Muda dalam (Nama Bidang) dan berminat besar untuk menyertai pasukan (Nama Syarikat) sebagai sebahagian dari karier saya.
Semasa pengajian saya, saya telah terlibat dalam projek (Deskripsi Projek) yang membolehkan saya memperoleh kemahiran dalam (Sebutkan Kemahiran yang Diperoleh). Saya percaya kemahiran ini akan sangat berguna untuk jawatan yang dimohon seperti yang dinyatakan dalam iklan pekerjaan.
Di samping itu, saya telah menjalani latihan industri di (Nama Syarikat), di mana saya mengembangkan (Sebutkan Kemahiran yang Relevan). Pengalaman ini telah membekalkan saya dengan kefahaman praktikal yang akan saya bawa ke jawatan [Nama Jawatan] di (Nama Syarikat).
Saya sangat bersemangat tentang peluang untuk bekerja di (Nama Syarikat) dan yakin bahawa latar belakang saya dalam (Bidang) serta kemahiran yang saya miliki akan membuat saya menjadi calon yang ideal untuk jawatan ini. Saya sangat menghargai kesempatan untuk berbincang lebih lanjut tentang bagaimana saya dapat memberikan sumbangan kepada syarikat Anda.
Disertakan juga resume saya untuk rujukan anda. Saya berharap dapat berbicara dengan anda dan membincangkan peluang ini lebih lanjut. Terima kasih atas pertimbangan dan masa yang anda berikan.
Hormat saya,
(Nama Anda) (Alamat E-mel Anda) (Nombor Telefon Anda)
Subjek e-mell: (Nama Anda) untuk jawatan (Jawatan Kerja)
Selamat Sejahtera Tuan/Puan (Nama Penerima)
Saya ingin menyatakan minat saya untuk memohon jawatan Junior Marketer yang baru-baru ini tersedia di syarikat Tuan/Puan.
Saya telah pun menerima ijazah Pentadbiran Perniagaan dengan jurusan Marketing dari Universiti XYZ serta dilengkapi pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan strategi marketing efektif.
Ketika internship selama 6 bulan di syarikat ABC, saya telah belajar bagaimana sesebuah syarikat itu menentukan produk atau servis apa untuk dijual. Paling penting, saya berpeluang untuk bekerja dengan para profesional yang berpengalaman. Mereka telah mengajar saya cara memahami konsep pemasaran yang kompleks dan cara menggunakan taktik berbeza untuk mencapai pelbagai objektif.
Saya juga telah membiasakan diri dengan pelbagai kemahiran yang membolehkan saya menyesuaikan diri dengan budaya pasukan kerja dan terus berusaha untuk mencapai objektif walaupun menghadapi kegagalan.
Pencapaian yang paling membanggakan semasa internship tersebut ialah pengaturan pemasaran gerila untuk produk yang baru dilancarkan. Saya mendapat tempat di pusat beli-belah GHI dan kami melakukan eksperimen sosial untuk memperkenalkan produk baru.
Kami mendapat sambutan positif yang luar biasa daripada pembeli dan 50% pembeli akhirnya membeli produk kami pada hari itu.
Di samping itu, penglibatan aktif saya dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum telah banyak membantu saya mengembangkan kemahiran komunikasi dan kepemimpinan yang sangat penting untuk berjaya dalam dunia korporat.
Dengan surat permohonan ini, saya lampirkan resume saya untuk pertimbangan Tuan/Puan sepenuhnya. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menyemak permohonan saya dan saya menantikan maklum balas Tuan/Puan untuk perbincangan lebih lanjut.
(Nama) (No. Telefon)
Contoh cover letter tanpa internship
Contoh pertama versi surat formal.
(Nama Anda) (Alamat Anda) (Telefon Anda) (E-mel Anda) (Tarikh)
(Nama Penerima) (Pengurus Sumber Manusia,) (Nama Syarikat) (Alamat Syarikat) (Telefon Syarikat)
Permohonan Jawatan Eksekutif Pemasaran
Saya menulis untuk memohon jawatan Eksekutif Pemasaran yang diiklankan baru-baru ini di (Nama Media atau Portal Kerjaya). Sebagai graduan baru dalam bidang Pemasaran dari (Nama Universiti), saya bersemangat untuk memulakan kerjaya saya dan membawa segar inovasi serta strategi pemasaran yang telah saya pelajari.
Walaupun saya belum mempunyai pengalaman internship, saya telah mengambil bahagian dalam pelbagai projek akademik yang memerlukan analisis pasaran yang mendalam dan pengembangan strategi pemasaran. Misalnya, dalam projek kursus saya, saya berjaya mengembangkan dan melaksanakan strategi promosi untuk sebuah produk fiktif, yang berhasil meningkatkan kesedaran jenama dalam simulasi pasaran kami. Kejayaan ini menunjukkan keupayaan saya untuk menerapkan teori ke dalam praktik yang efektif.
Selain itu, saya telah memperbaiki kemahiran komunikasi dan organisasi saya dengan terlibat dalam aktiviti tambahan di universiti, termasuk mengurus beberapa acara yang berjaya. Saya yakin kemahiran ini sangat berguna untuk jawatan yang saya mohon dan saya boleh gunakannya untuk membantu banyak pada pasukan Syarikat [Nama Syarikat].
Saya sangat berharap untuk berpeluang memperdalam kemahiran saya dan pada masa yang sama memberikan sumbangan kepada [Nama Syarikat]. Saya menghargai pertimbangan aplikasi saya dan berharap dapat membincangkan lebih lanjut mengenai bagaimana saya dapat membantu syarikat mencapai tujuannya.
Terima kasih atas pertimbangan dan masa yang Puan/Beliau luangkan.
(Nama Anda)
Contoh kedua versi e-mel
Subjek: (Nama Anda) memohon jawatan (Jawatan Kerja)
Saya ingin menyatakan hasrat saya untuk memohon pekerjaan Sales Associate di syarikat Tuan/Puan. Sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan, jawatan ini sangat sesuai dengan pelajaran, pengalaman dan minat kerjaya saya.
Sebagai pelajar di Universiti XYZ, saya telah mengekalkan keputusan cemerlang dan juga merupakan ahli pasukan bola sepak sekolah yang sangat kompetitif dan berjaya.
Latar belakang saya sebagai seorang pelajar dan atlet telah mengajar saya cara untuk berdisiplin dan fokus pada tugas. Kualiti inilah saya percaya sangat penting dalam kerjaya profesional industri penjualan.
Sebagai ahli pasukan, saya telah memberikan sumbangan besar dalam meningkatkan semangat dan penglibatan pasukan melalui pelbagai aktiviti yang saya anjurkan.
Daripada skala 1-10 (10 menjadi skor tinggi), pasukan tersebut menilai 8 untuk 'kejayaan aktiviti dalam penglibatan diri'. Melalui pencapaian saya sebagai pelajar dan atlet, saya telah membuktikan bahawa saya bersemangat dan berdedikasi terhadap apa-apa perkara yang saya lakukan.
Walaupun ini ialah kali pertama saya bekerja dalam bidang penjualan, saya cukup yakin bahawa saya boleh belajar dengan cepat dan memberi kesan langsung kepada syarikat Tuan/Puan.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mempertimbangkan permohonan ini dan saya berharap untuk menerima maklum balas Tuan/Puan.
(Nama Anda) (No. Telefon)
Penulisan cover letter yang efektif adalah penting dalam menonjolkan keunikan dan kemampuan anda sebagai calon untuk sebuah jawatan.
Dengan menyusun cover letter anda secara teliti, menampilkan kejayaan yang relevan, dan menghantarnya dalam format yang profesional, anda akan meningkatkan peluang untuk memberi kesan yang positif kepada majikan dan mendapatkan peluang untuk temu duga lanjutan.
Kami harap anda berjaya dalam memohon pekerjaan yang diinginkan. Jika anda perlukan bantuan menulis resume untuk fresh graduate, sila klik pautan ini.
Untuk memudahkan proses permohonan pekerjaan, anda boleh lengkapkan profil Jobstreet anda dan menghantar permohonan pekerjaan secara langsung kepada bakal majikan.
Soalan lazim
- Apakah itu cover letter? Cover letter ialah surat perkenalan yang anda hantar bersama-sama dengan resume ketika memohon kerja. Ia menggariskan kelayakan dan pengalaman anda yang relevan, serta menjelaskan mengapa anda sesuai untuk jawatan yang dipohon.
- Apakah yang perlu saya sertakan dalam cover letter saya? Dalam cover letter anda, pastikan untuk memasukkan pengenalan diri, penjelasan mengapa anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan, terangkan tentang kelayakan dan pengalaman yang relevan, serta penutup yang menunjukkan kesediaan anda untuk menghadiri temuduga.
- Berapa panjang ideal untuk cover letter? Panjang yang ideal untuk cover letter adalah satu muka surat sahaja. Anda perlu memastikan bahawa ia padat dan mengandungi semua informasi penting secara ringkas.
- Perlukah saya menyebut gaji dalam cover letter? Tidak perlu menyebutkan gaji dalam cover letter. Fokus utama adalah untuk memperkenalkan kelayakan dan kemahiran anda.
Top search terms
Popular on jobstreet, explore related topics, subscribe to career advice.
Contoh Cover Letter Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Adakah anda sedang mencari pekerjaan dan mencari contoh cover letter yang boleh digunakan bersama-sama dengan CV atau resume anda ketika menghantar permohonan kerja kepada bakal majikan?
Ramai pencari kerja di Malaysia terutamanya yang baru sahaja menamatkan pengajian tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan mengenai kepentingan cover letter ketika menghantar permohonan kerja melalui emel.
Teruskan bacaan untuk mengetahui contoh cover letter terbaik yang boleh anda gunakan sebagai contoh dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Apa itu Cover letter
Cover letter ialah surat pengenalan yang dilampirkan atau disertakan bersama dokumen lain seperti resume atau curriculum vitae.
Cover letter (surat iringan) juga dikenali sebagai cover letter, covering letter, motivation letter atau motivational letter.
Pencari kerja kerap menghantar cover letter berserta dengan curriculum vitae ata resume sebagai cara memperkenalkan diri mereka kepada bakal majikan dan menjelaskan kesesuaian mereka untuk jawatan yang dipohon.
Majikan boleh menyaring calon individu yang memohon pekerja dengan melihat kepada ketelitian surat cover letter yang ditulis sebagai satu kaedah untuk menyaring pemohon yang berminat dengan jawatan mereka dan/atau tidak mempunyai kemahiran asas yang dipelukan untuk jawatan yang dipohon.
Ciri-ciri Coverletter Yang Bagus
Menurut kajian, surat lamaran yang baik harus mempunyai ciri-ciri berikut:
- Spesifik dan terkini
- Menggunakan tanda baca dan ejaan yang baik
- Betul dari segi tatabahasa
- Ia harus bebas daripada kesilapan
- Gunakan garis masa untuk menyerlahkan maklumat kronologi, merujuk kepada jawatan pekerjaan terkini, paling rapat berkaitan dengan jawatan yang dimohon oleh seseorang
Contoh Coverletter Bahasa Melayu
Berikut merupakan contoh cover letter sekiranya anda menghantar permohonan anda melalui emel:
Subjek Email: Permohonan Untuk [Jawatan Kerja]
Selamat Sejahtera Tuan/Puan [Nama Penerima]
Saya ingin menyatakan minat saya untuk memohon jawatan [Jawatan Kerja] seperti yang diiklankan oleh syarikat Tuan/Puan.
Saya merupakan graduan ijazah [kelayakan pelajaran] dari [tempat belajar] dan percaya ilmu yang diperolehi boleh diaplikasikan di alam pekerjaan dengan sebaiknya.
Ketika praktikal selama 6 bulan di [nama syarikat], saya telah mempelajari [senaraikan ilmu dan skill yang diperolehi].
Paling penting sekali, saya berpeluang untuk bekerja dengan para profesional yang berpengalaman. Mereka telah mengajar saya cara memahami [senaraikan ilmu / skill penting yang boleh dimanfaatkan sekiranya diterima bekerja]
Saya juga telah membiasakan diri dengan pelbagai kemahiran yang membolehkan saya mengasimilasikan dengan budaya pasukan kerja dan terus berusaha untuk mencapai objektif walaupun menghadapi kegagalan.
Di samping itu, penglibatan aktif saya dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum telah banyak membantu saya mengembangkan kemahiran komunikasi dan kepemimpinan yang sangat penting untuk berjaya dalam dunia korporat.
Dengan surat permohonan ini, saya lampirkan resume saya untuk pertimbangan Tuan/Puan sepenuhnya. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menyemak permohonan saya dan saya menantikan maklum balas Tuan/Puan untuk perbincangan lebih lanjut.
Sekian, terima kasih.
[Nama] [No. Telefon]
Contoh Coverletter Bahasa Inggeris
Berikut merupakan contoh cover letter dalam Bahasa Inggeris bagi graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian:
Bantu kami share artikel ini:
Artikel berkaitan:
STR 2024 : Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah
Cara Buat Telur Masin dan Tips Penting Yang Anda Perlu Tahu
Golongan T15 : Maksud, Taraf Kehidupan & Purata Pendapatan
STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran (2024)
13 Cara Perkenalkan Diri Semasa Temuduga
Malaysia airlines cabin crew salary, singapore airlines flight attendant salary.
Contoh Cover Letter Terbaik Untuk Kerja (Dalam Bahasa Melayu)
Apakah contoh cover letter terbaik untuk job application ? Jika anda mencari sampel, boleh sahaja rujuk contoh cover letter di bawah ini. Semuanya lengkap dalam Bahasa Melayu.
Langkau artikel ini untuk dapatkan contoh surat resign .
Sedikit mengenai pentingnya cover letter
Mencari pekerjaan adalah satu perkara yang akan dilalui oleh hampir setiap orang pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Seringkali ini berlaku tatkala kita baru selesai pengajian dan tidak mempunyai pengalaman dalam mencari perkerjaan.
Ramai yang tidak tahu, sebagai orang yang baru sahaja masuk bidang pekerjaan, anda perlukan contoh cover letter terbaik. Ini akan dapat membuka mata bakal majikan.
Antara cara-cara untuk mencari pekerjaan adalah dengan melihat iklan di akhbar atau dengan melayari laman-laman pekerjaan seperti Jobstreet.com, Indeed.com dan lain-lain lagi. Namun, jika cover letter tidak begitu menonjol, bagaimana pula?
Apakah yang membezakan adalah penulisan cover letter dan resume anda?
Di sini kami akan dikongsikan tips untuk menghasilkan cover letter yang bagus dan beberapa contoh untuk anda jadikan sebagai rujukan.
Sebenarnya, apa itu cover letter ?
Dalam mencari pekerjaan, perkara yang pertama yang memberikan bakal majikan gambaran yang positif atau sebaliknya mengenai kita adalah melalui surat permohonan kerja ( cover letter ) dan resume .
Sebaiknya surat pemohonan kerja ini disesuaikan dengan jawatan dan syarikat yang dipohon. Ini dapat meningkatkan lagi peluang anda untuk disenaraikan antara mereka yang dipanggil untuk sesi temuduga. Elakkan dari menghantar surat permohonan kerja dan resume yang umum dan menghantar surat permohonan jawatan dan resume yang sama bagi semua jawatan.
Cover letter adalah bagaimana cara anda memasarkan diri anda kepada bakal majikan anda selain dapat melobi diri anda, menceritakan kelebihan anda, pengalaman serta kelayakan yang anda miliki untuk menarik perhatian bakal majikan.
Dan melalui cover letter juga, bakal majikan anda dapat melihat personaliti anda, dapat menilai serta mempertimbangkan anda kepada pengurusan tertinggi samada anda layak atau tidak untuk bekerja disitu.
Tidak kisah samada cover letter anda dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, untuk membuat sesuatu permohonan, budi bahasa adalah sangat penting dan itu akan melambangkan siapa diri anda sebenarnya.
Apa kandungan dalam cover letter ?
Menurut Universiti Monash , kandungan cover letter mestilah mencerminkan kemahiran komunikasi bertulis, tahap kepentingan dalam kedudukan, pengetahuan anda tentang syarikat itu dan kaitan kemahiran dengan syarikat.
Contoh cover letter terbaik
Pastikan itu cover letter selaras dengan butir-butir yang terkandung dalam resume anda dan disampaikan dalam beberapa perenggan dengan struktur yang baik.
Kandungannya termasuk:
- Alamat dan butiran diri anda, termasuk alamat penerima
- Tarikh hari ini
- Panggilan yang betul seperti Encik, Tuan, Cik Puan
- Tujuan surat itu, termasuk butiran jawatan yang ditawarkan
- Tunjukkan minat anda terhadap jawatan yang ada
- Tunjukkan yang anda bersungguh-sungguh ambil tahu tentang syarikat itu
Jangan buat perkara ini:
- Jangan hanya buat ringkas kemahiran anda tanpa bukti sokongan kemahiran
- Ayat yang diambil secara langsung dari laman web syarikat itu
Contoh cover letter Bahasa Melayu #1
Ini ialah contoh cover letter terbaik yang anda boleh gunakan. Walaupun kami cuma letak kerani, anda boleh ubah kepada apa-apa jawatan yang lain.
Muhammad Amin bin Salam No 77, Jalan Melati 2, 40300, Shah Alam, Selangor [email protected] 012 3458666
15 November 2020
Pengurus Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Subang Jaya
PERMOHONAN KERJA SEBAGAI KERANI
Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak Tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Utusan bertarikh 10 November 2019. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan Tuan.
Untuk makluman Tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di sebuah syarikat pengangkutan bas sebagai kerani kaunter. Saya juga telah bekerja selama 5 tahun sebelum ini di sebuah syarikat kontraktor pemaju hartanah sebagai kerani. Saya merupakan graduan diploma bidang pengurusan pejabat dari UiTM.
Saya telah mengikuti perkembangan institusi Tuan sejak dua tahun lalu yang banyak memberikan perkhidmatan yang baik pada masyarakat. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Arab tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan.
Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak Tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak Tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
———————————— Yang benar, ( Tandatangan anda )
Contoh cover letter Bahasa Melayu #2
Fatimah Muhammad Yunus No 73, Jalan Rajawali 3/4, Kampung Rajawali, 51300 Kemaman, Terengganu [email protected] 012 444 5555
17 November 2019
Pengurus Sumber Manusia,
Maju Palm Oil Sdn. Bhd.
PERMOHONAN KERJA SEBAGAI EKSEKUTIF AKAUN
Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Berita Harian bertarikh 20 Oktober 2019. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan tuan. Untuk makluman tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di syarikat Leng Hoong Industries Sdn. Bhd. sebagai kerani kanan akaun. Saya telah dinaikkan jawatan daripada kerani akaun pada tahun 2007 di atas prestasi kerja yang cemerlang. Saya merupakan graduan diploma bidang perakaunan dari Kolej Komuniti Jempol.
Saya telah mengikuti perkembangan syarikat tuan sejak dua tahun lalu yang telah berkembang pesat sehingga berjaya menjadi pengeksport utama minyak sawit ke negara China. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Mandarin tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar.
Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan. Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar, ————————————— (Nama dan Tandatangan)
Contoh cover letter #3
Pengarah, Sumber Manusia Jabatan Kesihatan Daerah Daerah Kuala Berang 25600, Kuala Berang, Terengganu
20 Ogos 2018
PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/SETIAUSAHA
Perkara di atas dirujuk.
Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Peribadi/Setiausaha di organisasi tuan/puan.
- Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2018.
- Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Kulim Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap. Disini turut dilampirkan resume saya untuk rujukan pihak tuan.
Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan.
Keprihatinan Tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar.
…………………………….. <NAMA PEMOHON>
Format Cover Letter
Cover letter tidak didatangkan dalam format tertentu atau format mandatori yang harus anda ikuti.
- Jika anda seorang fresh graduate , cukup dengan menerangkan siapa diri anda dan dari institusi mana ada menamatkan pengajian
- Jika ada pengalaman, ianya memberikan sedikit kelebihan kepada anda dan yang paling penting, cara untuk menghubungi anda.
- Pastikan anda menggunakan perkataan yang ringkas dan padat.
- Jangan lupa maklumkan kepada bakal majikan bagaimana anda tahu mengenai jawatan kosong tersebut.
- Jika anda menulis dalam bahasa inggeris, pastikan anda menggunakan perkataan serta ayat yang betul.
- Jika tidak begitu yakin, boleh saja anda menulis dalam Bahasa Melayu asalkan ayat dalam Bahasa Melayu juga tidak berterabur.
Akhir kalam
Semoga perkongsian kali ini tentang contoh cover letter terbaik untuk fresh graduate dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal graduan dalam mencari pekerjan yang sesuai dengan apa yang mereka hajati.
Jika anda masih mencari tempat untuk latihan industri, boleh dapatkan contoh surat permohonan intership .
Apa-apa pun, teruskan usaha dan tawakal. Jangan lupa berdoa.
Semoga bermanfaat.
Share Your Salary Anonymously
Help create salary transparency by sharing your information. We respect your privacy and do not collect any personal details. Your contribution helps others in the industry make informed career decisions.
Related Posts
How to calculate overtime in malaysia, 16 sebab berhenti kerja.
Terima kasih perkongsian ini. Sangat membantu!
Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.
Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.
MyInformasi
Contoh cover letter bahasa melayu lengkap & padat.
Contoh Cover Letter Bahasa Melayu Lengkap & Padat. Anda ingin membuat permohonan kerja kosong ? Bila ingin mohon kerja pastinya anda perlu contoh cover letter dan ada yang tidak tahu apa itu cover letter. Mungkin biasa kita dengar resume tetapi jarang sekali dengar cover letter. Berikut dikongsikan adalah contoh cover letter yang boleh diguna oleh pelajar yang baru ke alam pekerjaan.
Cover Letter (CV) kebiasaannya diguna bersama resume dimana ada sesetengah agensi pekerjaan yang mahukan ianya dihantar sekali. Jika majikan tidak menyuruh sertakan CV, lebih baik anda berikan sekali dengan resume. Ia menampakkan anda lebih profesional dan bersungguh-sungguh untuk dapatkan pekerjaan.
Contoh Cover Letter Bahasa Melayu Lengkap & Padat
Berikut dikongsikan adalah contoh Cover Letter dalam bahasa Melayu termasuk tips menulis CV :
Tips Menulis Cover Letter
Cover Letter boleh dikatakan sebagai surat rasmi yang menyatakan hasrat dan tujuan untuk memohon kerja di sesebuah organisasi. Oleh itu, pastikan kandungan cover letter anda menepati hasrat dan dapat memikat hati majikan. Contoh isi kandungan yang penting perlu ada dalam Cover Letter adalah seperti berikut :
A. Kepala Surat / Letter Head
Kepala surat adalah sangat penting untuk menampakkan surat cover letter anda itu rasmi. Ia mestilah mempunyai maklumat anda seperti nama, alamat, email dan nombor telefon. Tujuan utama adanya kepala surat untuk memudahkan pengurusan mencari nama anda atau menghubungi jika ada sebarang makluman tentang permohonan.
B. Tajuk Pengenalan
Perkara yang penting selain adanya kepala surat dan tarikh adalah tajuk pengenalan. Oleh kerana orang akan membaca surat terlebih dahulu membaca dari siapa dan tajuknya. Pastikan ia ditulis dengan jelas, ringkas dan padat serta perlu BOLD tajuk tersebut.
C. Isi Kandungan 1
Untuk perenggan isi kandungan pertama anda perlu membuat sedikit review atau ceritakan tentang latar belakang anda. Tuliskan perkara yang penting misalnya pendidikan dan pencapaian akademik. Jika ada pengalaman bekerja sebelum ini lebih baik sertakan sekali. Pastikan kerja yang disertakan berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon.
D. Isi Kandungan 2
Isi kandungan ini anda perlu ceritakan tentang kaitan syarikat dengan permohonan anda. Misalnya anda boleh menceritakan mengenai kenapa anda berminat bekerja di organisasi tersebut, potensi anda kenapa perlu diambil bekerja dan segala berkaitan syarikat.
Untuk perenggan terakhir, anda perlu letakkan pengharapan anda dipanggil temuduga atau diterima permohonan tersebut.
Contoh Cover Letter Bahasa Melayu
Zulfikar bin zuliman
No 58, Jalan Awana 2,
Taman awani,
18500 Machang,
012 3456666 15 Oktober 2017
Pengurus Sumber Manusia,
Majlis Daerah Machang
PERMOHONAN KERJA SEBAGAI KERANI (NO. RUJUKAN: K 012 )
Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Utusan bertarikh 2 September 2017. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan tuan.
Untuk makluman tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di sebuah syarikat pengangkutan bas sebagai kerani kaunter. Saya juga telah bekerja selama 5 tahun sebelum ini di sebuah syarikat kontraktor pemaju hartanah sebagai kerani. Saya merupakan graduan diploma bidang pengurusan pejabat dari UiTM.
Saya telah mengikuti perkembangan institusi tuan sejak dua tahun lalu yang banyak memberikan perkhidmatan yang baik pada masyarakat. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Arab tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan.
Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
( Tandatangan anda )
Kredit : Xpresi
Share this:
- Click to share on Twitter (Opens in new window)
- Click to share on Facebook (Opens in new window)
Related Posts
Tonton Drama Sang Pewaris Episod 9 (2020)
Tonton Drama Bunga Hati Episod 7 (2022)
Tonton Drama Bila Hati Memilih Dia Episod 1 (2022)
Leave a reply cancel reply.
Notify me of follow-up comments by email.
Notify me of new posts by email.
- [email protected]
- +16469803630
Cover Letter
- Cover-letter
700+ Malaysian CV Examples - ATS-Optimized, HR Approved, Job-Winning Templates
Explore our extensive collection of over 700 meticulously crafted Malaysian CV examples. These professionally designed templates are not only optimized for ATS, but they also adhere to the Malaysian format and are HR approved. Whether you're a seasoned professional, a recent graduate, or transitioning careers, our real-world examples cover various industries and career stages within Malaysia. Discover the key to crafting a job-winning CV that stands out and opens doors to career success in Malaysia.
Malaysian Cover Letter Examples - Your Gateway to Crafting a Winning Introduction
Unleash the power of our extensive collection of over 500 professionally crafted Malaysian cover letter examples. These cover letters are not only tailored to the Malaysian job market but are also optimized for ATS, HR approved, and designed to stand out. Whether you're a seasoned professional, a recent graduate, or undergoing a career transition in Malaysia, our diverse range of templates covers various industries and career stages. Discover the art of creating a standout cover letter that leaves a lasting impression and sets you on the path to job search success in Malaysia.
Really Awesome Work Done by their team. They did amazingly awesome work!
Steven Choo Tat Weng
The work done by their team is just amazing ! The final outcome was better than what i was expecting.
Very Quick and explained my past better than even I could have, Thank You!
Julie Ouyang
Thanks to perfectcv.my. They made my Resume Precise and meaningful. Loved the work done
Yee Yuen Lai
IMAGES
VIDEO
COMMENTS
Bagaimana cara untuk menulis contoh cover letter sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris dengan baik dan profesional? Jadi, jom ikuti tips dan cara kami menulis surat permohonan kerja ( cover letter ) terbaik ini supaya permohonan anda dipertimbangkan untuk menghadiri sesi temuduga!
Anda masih boleh menulis cover letter yang menarik untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini. Dalam artikel ini kami sertakan tips dan format cover letter serta contoh menulis surat permohonan kerja dalam bahasa melayu untuk mengagumkan bakal majikan.
Contoh surat cover letter dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk permohonan pekerjaan dihantar dengan CV atau resume melalui emel.
Apakah contoh cover letter terbaik untuk job application? Jika anda mencari sampel, boleh sahaja rujuk contoh cover letter di bawah ini. Semuanya lengkap dalam Bahasa Melayu.
Contoh Cover Letter Bahasa Melayu Lengkap & Padat. Berikut dikongsikan adalah contoh Cover Letter dalam bahasa Melayu termasuk tips menulis CV : Tips Menulis Cover Letter. Cover Letter boleh dikatakan sebagai surat rasmi yang menyatakan hasrat dan tujuan untuk memohon kerja di sesebuah organisasi.
Unleash the power of our extensive collection of over 500 professionally crafted Malaysian cover letter examples. These cover letters are not only tailored to the Malaysian job market but are also optimized for ATS, HR approved, and designed to stand out.